Pasar Siti Khadijah Kota Bahru Kelantan

Senario di Pasar Siti Khadijah tidak banyak berubah.#KembaraMalaysiana berharap ia dapat kekal begitu sebagai sebuah produk pelancongan unik bercirikan Malaysiana. Moga pelapis wanita moden hari ini dapat meneruskan kesinambungan wanita gigih negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
- Foto #AzmanRosmin



> Ronda-Ronda KB o Pasar Besar Siti Khadijah >v 
Ikon pelancongan dan simbol membeli-belah Kota Bharu dan Kelantan amnya yang tidak asing lagi. Rata-rata peniaganya yang dimonopoli oleh kaum wanita membuatnya unik dan tersendiri.
#pasarbesar #sitiKhadijah #kotaBharu #kelantan 

#KembaraMalaysiana bersama #AzmanRosmin#tmm2014

Destinasi o Pasar Besar Siti Khadijah >v 
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Ia mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Pertukaran namanya kepada nama isteri Rasulullah iaitu Siti Khadijah yang merupakan ikon seorang wanita usahawan berjaya sangatlah bertepatan dengan senario di pasar ini.

#KembaraMalaysiana bersama #AzmanRosmin#tmm2014


No comments:

Post a Comment